Tuesday, August 31, 2010

Saya anak Merdeka!!!

Tuesday, August 31, 2010

Happy Merdeka semua!! MERDEKA!! MERDEKA!! Excited sungguh aku dengan hari kemerdekaan negara ni even jatuh pada bulan ramadhan. Walaupon aku x wat pape, tapi aku still rase bangga nya aku jadi rakyat malaysia, jadi anak merdeka..Kalau di pikir-pikir da 53 tahun kite semua merdeka. Penat lelah nenek moyang kite terbayar bile dilihat sekarang malaysia merupakan salah sebuah negara yang membangun.

Kite semua patut berterima kasih kepada pejuang-pejuang tanah melayu, kerana tanpa mereka kite tak ada sampai ke tahap ini..dan mungkin aku still  tak dapat makan mc`donald, pizza hut atau shopping di KLCC...hahaha..erm..makan ubi kayu je la..wah,,huhuhu..tak mau..

                             kalau tak merdeka, tak dapat la makan cupcake..hehehe

Thanks abg-abg askar, sarjan Hassan, Embun, Lef.Adnan,kesemua Perdana Menteri kite,and Seluruh rakyat Malaysia..kerana tanpa kalian kite tak mungkin sampai ke tahap ini..Merdeka!! Merdeka!! i`m proud to be Malaysian..Love peace =)

                             Jiwa askar aku still  ada even aku da pencen..Love NAVY~

Sunday, August 29, 2010

Step Up 3..Awesome!!!!!!

Sunday, August 29, 2010

Movie memang best habis!! wah memang x rugi la kalau gi tengok..kalau ada 5 star aku bagi 6 star..memang best habis. Aku pon sampai rase nak dance kat dalam cinema tu..memang xleh blah..xde satu part pon yang aku rase bosan..

                                                                Luke n Natalie

Dipendekkan cerita ni sebenarnya berkaitan dgn si Luke, hero dalam movie ni..die ni kononnye ada conflict dengan abgnya si Natalie ni..Natalie yang hot ni heroin dalam movie ni..
Diorang ni memang superb la..bukan je hensem n cun melecun, dance plak power gile lak tu..memang stylo habis la..
Abg si Natalie ni kononya dulu ex Pirate (group Luke) sebab die wat hal, diorang semua kick die dari group..
That why la die sakit hati and berlaku la battle between Samurai n Pirate ni..



Time ending dalam cerita ni, si Moose (step up 2) bawak geng -geng untuk join d pirate lawan Samurai..
Serious best gile cite ni..So,kepada sape-sape yang xtengok lagi gi la tgok,,agak-agak xnak gi time bulan pose ni korang beli je dvd..hehehe..(seriously aku pon ada rase bersalah la gi tgok movie time bulan ramdhan ni..tapi memang da lame kot aku tunggu cite ni..)..

So aku memang xleh nak cakap pape la kan. STEP UP 3 MEMANG AWESOME!! SUPERB!!

Info sihat ~ada yg anda tidak tahu...

1. Menonton tv sehingga larut malam menyebabkan kesukaran tidur sementara menonton berjam-jam, lamanye dari cahaya tv menyebabkan gangguan tido dan kerap terjaga di tengah malam. so,tidur tak berkualiti la ni.

2.erm..melakukan hubungan seksual secara mingguan mungkin membantu tetapi melakukannya secara kerap bukanlah sesuatu yg sihat..so,kurang-kurangkan la ye..kerana die mungkin memberi effect seperti kemurungan n keletihan..nanti tak de daya plak nak buat kerja keesokkan harinya..

3.Mandi air suam kira-kira 32-35 darjad Celsius membuke pori-pori yang boleh membantu mengeluarkan toksik, waktu yang disarankan untuk mandi ialah 10-20 minit..

4.Orang yg sihat, memerlukan 8 gelas air per hari.Sekiranya air kencing berwarna jernih maknanya anda mendapat cukup air.Sebaliknye jika berwarna kuning gelap,anda perlu lebih banyak air..

5.Sekiranya anda benar-benar stress, mandi air sejuk adalah digalakkan dan suhu yg disarankan ialah 12-18 darjah celcius.

Saturday, August 28, 2010

Experience with pixseekers

Saturday, August 28, 2010
Before aku mengakhiri life aku yang kaki gambar ni, aku nk mengabadikan picture-picture aku yg diambil oleh picseekers..kebanyakkan karya-karya ni da lame..dan before ia berakhir better aku abadikan..at least boleh la di jadi kan kenang-kenangan..

time ni aku memang xsedar Mr H nak amik gambar, memang habit aku tangan cam tu..kebanyakkan gambar aku tgn di posisi yang same..sampai kena kutuk kot dgn member aku..


to be continue~

10 Tanda die adalah jodoh kite

Ni pic weeding member aku shasha dari pixseekers..suke sgt,so sweet..


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Try tgok care die pakai, makan or cakap. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
  
3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
  
7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

(10 tanda-tanda diatas ni aku amik dari facebook  Tengku Muhammad Kalmani hasil tulisan Haji Abdul Samad.Aku xkenal pon.saje je rase nk share and abadikan kat blog aku ni..hope boleh jadikkan panduan bukan je dekat semua yg bace ,tapi diri aku sendiri..Memang betol, jalan yang terakhir ialah solat istikharah..maybe itula jalan terbaik untuk kite mintak petunjuk dari yg Esa. Semoga Allah S.W.T berikkan kite petunjuk..~amin.) 

Trust by Antwan Graham


To trust someone means you trust them with your life
To trust someone is based on your clarity of judgement
To trust is to believe that the person has you 100%
To trust
To trust
Who could you trust in your greatest moment in need?
Who will be worthy of having your trust?
Will you be able to confide your trust among certain people?

Poem ni daripada Antwan Graham..aku pon xtau nape aku suke sgt dgn poem ni..
byk yang aku da belajar,bile pikir-pikir every sentence yg die tulis..so meaningful.. 
biar aku translate kan serba sedikit..

(To trust someone means you trust them with your life)
(To trust someone is based on your clarity of judgement)
  
 bagi aku, kalau kite nak percaya kan seseorang..same seperti kite percaya kan diri kite sendiri,kehidupan kite..ape yang kite buat tidak kire la baik or buruk..dan ia berkait dgn judgment,ape yg kite pikirkan..

(Who could you trust in your greatest moment in need)

yang ni aku memang sangat setuju,,,sape je yang ada time-time kite perlukan..mesti la orang yang kite percaya..klau kite xpercaya kan seseorang,aku rase kite xperlukan die pon..xkan bercerita..xkan cari selalu..n mungkin xkan bagitau everything..da name pon xpercaya kan..so,buat ape nk bagi tau lagi..

Trust ni memang susah, bagi aku kepercayaan memang boleh bagi impak yang besar dalam hidup sesorang..
same ada baik atau buruk...
so, thanks for Mr H sebab bagi aku pelajaran yg st berguna about trust..
n aku honestly i trust u so much than my word..



 







Berbuke di Singgah Selalu

          Singgah selalu Danga Bay, booking no : 07-2352233

Ramadhan yg ke-16,
Xterpikir pon nak g berbuke luar time-time cam ni..
idea ni suddenly je terpikir memandangkan kawan aku cik E mengidam nak makan,makanan yang lazat
otak aku pon berputar-putar mencari,buffet ramadhan mane yg ok ?? yg boleh ad semua makanan yg ktorg nak ek..
lagi2 ketam n udang..
erm..aku pon terpikir la kat singgah selalu,memandangkan ada member aku yg pernah berbuke di sane..
tengok jam da pukul 530pm, dalam hati kiteorang,sempat ke nak pegi ni..(ape kate kite booking dulu)
punye cari no tel singgah selalu ni cam nak muntah..xjumpe-jumpe..
last-last jumpe jugak tu pon di yellow pages uncle cina mane entah..heheh..btw thanks uncle..kalau x, xdapat la ktorang berbuke di sane..
ktorang betolak dalam 645pm, wal hal budak singgah selalu tu da siap pesan,datang 30mnt awl ye kak..hehehe
nasib-nasib..agak-agak xdapat ktorag da pasrah da..hehehe..
sampai je da ramai sangat org..makanan pon cam da xde sgt..tapi still diorang topup makanan baru..
sampai pening kepala aku tgok makanan..teramat la byk..sampai xteramik..
agak-agak makanan same je cm kat kedai mamak,cafe kolej o pak ali (tmn u) aku da reject awl-awl..
aku amik yg betol-betol kaw..alang-alang buffet..hehehe

         udang ni memang best sgt..die masak dgn cornflake..sedap!!

erm....yang ni pulak ketam masak cili padi,time member aku pegi die masak goreng kot..tapi ketam ni je ktorg ambik dalam 6 ekor..hahaha

Makan kat cni unlimited, as long as ada lagi makanan..makan la korang sampai pengsan..
hehehe...ktorang siap solat maghrib pas tu sambung balik..hehehe..
orang-orang lain yg berbuke kat situ pon da balik kot..
pekerja singgah selalu ni siap ulang alik kat meja ktorg,tgok resit la..kutip pinggan la..
dalam hati diorang  (ish..budak ni..xkenyang-kenyang ker??)..hahahaha..
nasib la wey..ktorang byar..mahal kot buffet RM 35..hehehe
tapi base on makanan yang ktorang amik memang sangat-sangat berbaloi..bebaloi-baloi..heheh..
so,kepada sesape yg xpernah berbuke luar,singgah selalu ni pon ok..siap ad surau lagi,so xde la terkejar-kejar da balik rumah solat maghrib kan..
for my frens, cik E and cik EE..thanks a lot sebab sudi berbuke puase dgn saye ye..

Thursday, August 26, 2010

Thank you Allah

Thursday, August 26, 2010
Thank you Allah for this beautiful day                                           

N
 
Thank you Allah for everything you given me



Wednesday, August 11, 2010

ramadhan datang lagi

Wednesday, August 11, 2010


happy ramadhan semua..
halalkan makan minum., ampun maaf jika ada salah n silap..
sucikan hati ,bersihkan diri dari sifat hasad dengki, cemburu n demdam kesumat..
kadang kala kite alpa,leka dgn segala perangai n tingkah laku..
melihat kesalahan org tanpa mengukur/ melihat kesalahan diri sendiri..
maaf kan la sekali lagi..dengan harapan ramadhan ini membawa seribu erti..
dan sesungguhnye aku adalah hambanya yang tidak sempurna..lemah malah hina..
tetapi aku juga mahu keredhaannya....

Sunday, August 8, 2010

money money..

Sunday, August 8, 2010
aish..la sps..cepat la sikit masukkn duit ke akaun kami..
kami da kekeringan menunggi sisa sisa hidup je ni hai..
paham paham la tekak kami yg mahukn mc`d, secret recipe, pizza hut,n bla bla bla..
nak raye ni oit..xkn nak bebuke meggi je..hehehehe
byak tanggungan ni..anak2 nak mkn..hahahaha..
baju nak beli,langsir nak tukar..kuih raye nk buat..hahaha..keje korang buat jualn mega sale je ye kat office..
xsedar yg kami kami ni sengkek tahap cipan..hahaha
mari mari la..money2..hehehe

Saturday, August 7, 2010

haruslah

Saturday, August 7, 2010
BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK!!!