Saturday, August 6, 2011

My first home made chocolate...=)

Saturday, August 6, 2011
yiha..ni la home made chocolate aku yang pertama..=)
 
yang ni percubaan yang ke dua..=)

Thanks to along sebab sudi tolong ucu bakar badam..

Tuesday, July 26, 2011

I want to be with you forever and a day

Tuesday, July 26, 2011


Your eyes are what made me fall.
I gave you my number and you really did call.
We've been together almost 3 years.
We actually made it through the hard times and tears.
I count the seconds that we are apart.
The day seems so long but you’re in my heart.
I really do hope that you feel the same way
because I want to be with you forever and a day..and please trust me..

Sunday, July 24, 2011

I`m coming Home..coming home..yiha!!

Sunday, July 24, 2011
Hari ni dengan rasminye aku mempacking barang-barang aku untuk dibawa balik ke jb..seronoknye..tak sabar nak balik..tapi dalam hati tetap rase sayu nak tinggalkan penang.Lagi-lagi nak tinggalkan saleha sorang-sorang..sian die..=(..sorry sal..aku doakan ko dapat jugak balik N9 nanti...huhuhu

                                        permandangan bilik dari kanan

bersepah tak hingat..name pon packing kan..semua barang aku punggah..aku pon pikir-pikir, muat ke kereta aku dengan capacity barang cam patut masuk lori ni..hahahah..nasib-nasib..hehehe..name pon perempuan. Tapi aku da tak risau da pasal katil, sebab mieza sudi beli katil aku dan sal beli tilamnye..yiha!!..thanks korang..muahahaha..hehehe

permandangan bilik dari kiri

Bilik ni nampak je kecik..tapi boleh muat dua katil and dua amari tau..so ok la, hidup bujang .Balik umah pon just nak tido je..esok bangun pagi terus gi keje..so ok la.Jimat pon jimat. Kat penang ni ingat boleh ke dapat bilik murah?? paling murah  pon RM150 kot.Tu pon bilik cam stor. Standard memang RM 200 la. Hahah..last for this entry, try teka benda ape yang aku bulatkan warna merah tu??..hahahaha..lawak siak..gile slim..














Friday, July 22, 2011

My farewell treat _ Blue Reef Fish & Chip

Friday, July 22, 2011
Next week is my last week working at motorola. So seperti biase la, bile ada orang nak berhenti adalah aktiviti makan-makan diadakan. Aku happy la kan..sebab makan free..hehehe..Kali ni kiteorang buat farewell kat Blue Reef fish and chip. Tempat ni agak ok la jugak, setaraf Dome, Starbucks, Secret Recipe, Fish Manhattan dan lain-lain.


Blue Reef Fish & Chip

Blue Reef ni teletak di Street Quay, Penang. Ni pon first time aku datang area ni, sebenarnye banyak lagi tempat kat Penang ni yang aku tak sempat nak explore. Erm, bebalik pada cerita Blue Reef ni, makanan kat sini macam-macam ada tapi the main course of coz la Fish & Chip. For lunch hour, just add RM 1 untuk dapat garlik bread, soup of the day and ice lemon tea. Air favorite aku tu..=)


 Soup of the Day..nampak sedap kan..memang sedap pon..rase die tak same macam soup-soup lain..


Kat bawah ni menu-menu yang biase orang order. Jom kite tgok..


 Grilled Fish & Chip



Pan seared salmon & Mediterranean couscous with Tomato confit 



Chicken  Cardon Bleu with French Fries



Traditional Fish & Chip  


Banyak lagi menu kat sini, tapi mostly group aku makan menu yang di atas la. Ada jugak dessert cam ais cream, cheese cake and puddings. Tu pon kalau larat la, sebab aku makan main course je bercinta rasenye nak habiskan..kesudahannya membazir. Ape pon thanks team for this treat, thanks for your support and cooperation.. luv u guys..sob sob..


Thanks guys!! Wish all the best for all of u..Good luck apah for surviving this coming ramadhan..heheh..ko sorang je melayu..hahahah 


That money talks, I'll not deny, I heard it once: It said, 'Goodbye'.~ Richard Armour



Thursday, July 21, 2011

Durian season_BALIK PULAU ORCHARDS

Thursday, July 21, 2011
Durian season memang ditunggu-tunggu oleh penggemar durian..lagi-lagi kalau kat penang ni, besepah-sepah orang jual..sampai tak larat aku nak tgok,tu baru tgok..belum makan lagi. Aktiviti kitorang untuk team building kali ni plak pergi ke durian orchards kat balik pulau,penang. Durian- durian kat sini memang gred A, dijamin sedap,manis,lemak..dan berbau..hahahaha..

           Tgok la isi durian tu, kuning sangat..rasenye lagi..yum yum..

orchards ni siap dapat status penang best durian tau
 

Kat sini bukan je ada durian, ada juga buah-buah yang lain contonye:

                                      tompok-tompok si hitam MANGGIS

dan

 RAMBUTAN..
yang brother tu xleh makan k..walaupon die cute..haha.. 

Aktiviti kat sane just boleh makan and makan..selain merapatkan silaturahim sesama ahli group..aku tak makan banyak sangat memandangkan cuace panas luar biase kat penang ni..risau gak, ada plak malam aku tido kat toilet sebab kepanasan.Kat sini aku share la beberapa picture time kat orchards ni.

                                               makan-makan dan makan

                                       nampak sedap kan diorang makan..=)

Banyak jugak durian yang tak makan, so masing-masing tapau la ape lagi..sebiji durian ni kat luar ada la dalam RM 18-25..mahal tu woo..

     tara..aku nak mencapub gak..hehehe..ni la rakan-rakan sepejuangan aku..apah & su

      Team aku kat Motorola ~Andorra and Belize VHF, belah kanan aku tu boss aku.agak mude la, belah kiri plak tauke orchards, jgn korang ingat team aku plak..hahaha

last sekali petua tradisi lama jangan dilupakan..minum air dalam bekas durian.petua ni memang diakui berkesan sejak turun temurun lagi. Fungsinye ialah untuk menyejukan badan, tapi macam mane proses nak sejukan badan  tu aku tak tau nak jawab. Sebab ikut aku, kalau panas badan aku minum air cap badak je..heheheh..

                                                    Credit to yanti..=)


~ LOVE DURIAN SEASON








 





Wednesday, July 6, 2011

When Friend`s betrayal

Wednesday, July 6, 2011
This is my real felt...no one`s know.. and it`s hard to describe until i find this quotes:

Do you remember when we were best friends?When we'd share our every thought?Every smile?And every laugh?Oh, and did you remember when you broke my heart?Because I seem to remember that more than anything.I trusted you, I trusted you to take care of my heart.I trusted you not to take it and stomp on it.
The day you betrayed my trust was the day that I lost all my trust for you.I believed that you would take care of ym heart and that's why I left it with you.Well, I am taking it back because at this very moment I can't trust you with my heart.In fear that you will hurt me once more.
Look at me through my eyes and feel the pain I hide inside.
It breaks my heart; it makes me sad to think of all the times we had.You made me laugh and you made me cry. And all that I can do is sigh,and wonder why.
I wish I could walk away and forget what we have,but I can't,because I know you won't come after me,and I guess that's what hurts the most.
It's really amazing when two strangers become the best of friends,but it's really sad when the best of friends become two strangers.
trust can take years to build,but only a second to break...

n now..u know what i mean..

Credit for Morgan`s (The best quotes ever)

Monday, June 6, 2011

Home

Monday, June 6, 2011
"masih ada harapan ke untuk aku pulang?"

Tuesday, May 17, 2011

Perlu ke ikatan pertunangan??

Tuesday, May 17, 2011
Terpanggil hati aku untuk mengarang entry di subuh hari ni..
Memikirkan terlalu banyaknye cabaran sebuah ikatan pertunangan..walaupun aku masih belum menghadapinya..
Pening memikirkan perlu ke sebuah ikatan pertunangan ..??
Bile ditanya..bermacam-macam jawapan yang kadang kala membuatkan aku takut melaluinya..
 Nak kena ada ini la, itu lah..nak kena pikir org lain lagi, cakap org tua,sedara mara, kwn..n sape-sape sajelah..
Peningkan..sampai kadag kadang jadi letih dengan ini semua..sedangkan..perkahwinan itulah bukanlah untuk menyusahkan..
Sampai ada satu saat aku terpikir, kenapa aku hidup pada zaman sekarag..zaman manusia sentiasa memikirkan kebendaan..zaman manusia terlalu meterialistik..
Orang ni punye hantaran xcantiklah, jenama murah laha..harga cume 30 ringgit la..bla bla bla..
Kenapa kite sahaja xduduk di tempat mereka..memikirkan setiap sen yang perlu dikeluarkan..yang pelu dibelanjakan..
Dan aku sentiasa pegang dengan suatu hadis mengatakan.

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)

Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil dan dalam majlis tunang xperlu ada cincin atau brg hantran.............
Tapi terpulang lah..setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza-beza..

 













Sunday, May 8, 2011

Happy mother`s day

Sunday, May 8, 2011



Mak,
Setiap saat, kami akan sentiasa merinduimu
walaupun sudah 18 tahun mak  pergi meninggalkan kami..
pergi mennyambut seruan ilahi..
tak pernah telintas dihati kami untuk melupakan mu
tak terbalas budi dan tak terbayar dengar wang ringgit segala pengorbananmu..
Hanya doa dapat kami pohon kepada ilahi agar roh mu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin~
 i luv u mak,..i luv u ude..

Happy mother`s day 











Tuesday, May 3, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Melangkah je kaki di bumi penang, hanya satu bermain di kepala " saya mula merindui kamu "

Thursday, April 28, 2011

Kadang kala lelaki perlu tau

Thursday, April 28, 2011
hai..=)
 aku pon xsure kenapa aku nak mengupdate blog hari ni..erm,maybe inilah cara terbaik untuk aku melepaskan stress selepas seharian membanting tulang empat kerat ni..hahaha (gaya mcm keje kuat gile).
Saje nak share kat blog ni tentang ape yang lelaki kadang kala tak realize benda2 ni semua..Ni pon aku ambik dari Sayjidatul Balkis (facebook). Thanks for the notes. Memang banyak kebenarannye dan lelaki perlu tau dan sedar itu la realiti kehidupan seorang perempuan..

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Sunday, April 10, 2011

Jalan Jalan Penang episode 1

Sunday, April 10, 2011
Salam..hai semua..
Da lame rasenye aku x mengupdate blog ni..bukan ape, dengan work load yang belambak + writing master yang xhabis2 menyukarkan aku untuk focus kat bidang blog memblog ni..huhu
Macam mane pon aku nak gak share ape yang aku da buat selama aku di penang ni..
Semalam, destinasi yang aku tuju adalah Padang Kota, Bowling sun shine n Sani char kuay teow. Dengan kehadiran miza, pa n azim dapat lah menceriakan hari aku n saleha muklas di pulau yang indah ni. Perg,..serious aku rase mcm perantau gile..heheh..siap ada orang yang sudi yang melawat lagi..wah..sgt terharu..=)



Gani famous pesembur kat padang kota

 udang yang sgt sedap..yum yum..

Sesi pilih memilih..susah tau terlalu byk pilihan yang lazat-lazat

PesembuQ and Laici kang yang sgt sedap..=)


Lepas ktorang lepak kat Padang kota destinasi seterusnya ialah Bowling di Sun Shine mall,
 kelainan bowling ni screennye ada mcm-mcm theme di tambah dengan background bowling ni yang sgt classic.

Themes yang sgt cute : fairy tales




Background yang classic

Dalam pukul 12 ktorang pon meneruskan destinasi yang seterusnye iaitu Sany Char Kuoy Teow, haruslah kan sebab perut menyanyi nyanyi selepas penat berhempas pulas bermain bowling..heheh..
Price kat Sany ni agak bebaloi la nak di comparedkan di Jb.bebaloi baloi..untuk char kuoy teow special baru 4 ringgit..murah + sedap..yum yum..

sedap n mnyelerakan..hehehe..

Destinasi seterusnya akan menyusul dan aku akan mengupdate blog ni selagi aku berada di bumi penang ni..=)



 




Monday, February 21, 2011

Tepelecok bagai

Monday, February 21, 2011
salam..huh..huh.huh..gaya kepenatan aku..
kali ni bukan ape..aku nak continue entry sebelum ni..hari ni keje ok..al maklumla baru lagi..so xde la keje melain kan buat2 keje..
lepas buat access card, ambik baju n laptop ..so da tak de pape da..but maybe aku esok mati la kena pulun buat keje..
tempat yang aku sewa dgn motorola tak de la jauh sgt.. adalah dalam 10mnt klau traffic ok..tempatnye pon best..tapi yang malangnye takde tempat parking untuk org yang merempat cam aku ni..melainkan owner rumah.ceh..aish..
korang bayang kan la..nak pergi turun tempat parking nye macam setengah bukit fke..belum kire dari tempat post guard ke blok aku..adalah la cam kena round satu fakulti elektrik..turun tangga naik tangga..sakit betol hati..
malang memang tak berbau untuk aku hari ini..bile aku da samapi blok aku tibe-tibe..Argh!!!!! handphone aku tetinggal dalam keta..pergh..dalam hati tak terkira..da macam-macam perkataan keluar..
aku cekalkan hati aku gak ambik handphone kesayangan aku yang tetinggal tu...peluh da bejurai-jurai..lepas ni tak payah la aku beriya-iya nak berjogging sane ni..turun naik blok da leh exercises..peluhnye kalah aku lari round padang kawad utm..
da ambik handphone aku pon jalan cam biase..tpi aku pon tak paham,aku ni gi kerja tak pakai hill pon..flat shoes kot..tapi tepelecok bagai..dalam lima kali kot..org pon da pandang-pandang..budak ni tengkot ke hape..huhuhu.. aku malu + penat yang amat..

Masa nye telah tiba

Assalamualaikum..morning everyone..
pejam celik pejam celik memang secara logiknye da lame sgt aku tak mengupdate blog ni..
hari ni bermula la episod baru dalam hidup aku..
kalau ikut kan hati..jgn la ada hari ini..tapi mustahil la kan..tak de hari ni..,tak de la hari esok..
tepat jam 5.31am..kid pergi..pulang ke jb..so,tinggal la aku menghabiskan masa hidup aku di pulau ni..
sob..sob..sob..tak pernah terfikir dalam pikiran aku yang aku akan stay sorg-sorg di tempat org..
takut,risau,cuak.sedih..n sekarang tak de lagi perasaan happy yang ad dalam hati aku ni (buat wat masa ni la).
Aku da start miss kat semua org..family aku,ank- ank buah aku,member-member yang kepala tak boleh blah..student2 tuition..pendek kate cam semua org yg ad kat jb la..huhu..
wahhhhhhhhhhhhhh...aku da jadi perantau..lepas ni time raye confirm-confirm aku dengar lagu salam perantau..hahahaha
da gelak gile-gile di pagi hari ni cam org gile pon aku still meleleh leleh ni..huhu..cengeng,gembeng..erm..semua tu la aku..huhu..ceh serious aku da rase life cam kat samura la plak..aish..huhuhu..
aku still tak dapat imagine life aku lepas ni..yang penting tak de lagi bermalas malasan seperti dulu..
rase sangat enjoy..gi office suke-suke hati..cuti bile-bile mase..tak risau pape..rasenye semuanye senang je..
yang tau ada progress nak hantar kat dr ramlee..
but now..dup..dap..dup..dap..entah ape la nanti akan jadi..hari ni 1st day aku report kat Motorola..erm..lupe nak cakap..HELO MOTO..heheheh..
nervous gile..da la tempat org..meghafal jalan semalan rasa cam hari ni aku nak amik test jpj..risau risau..huhuhu..
tgok jam kejap..alamak da kol 550am..k la..aku kena chow dulu..later aku story ape da jadi time aku balik dari keje..da~